Pages

Thursday, November 4, 2010

Lazatnya memberi maaf

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)



"Allah mengetahui bahwa kamu mengkhianati dirimu sendiri ( dengan tidak dapat menahan nafsumu sehingga bersetubuh di malam hari bulan Ramadhan dengan dugaan
bahwa itu haram) maka Allah memaafkan kamu" (QS Al-Baqarah [2]: 187).

"Allah memaafkan kamu, mengapa engkau memberi izin kepada mereka, sebelum engkau mengetahui orang-orang yang benar (dalam alasannya) dan sebelum engkau
mengetahui pula para pembohong?" (QS Al-Tawbah [9]: 43).

"Balasan terhadap kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah" (QS Al-Syura [42]: 40).


Perhatikan juga firman-Nya dalam surah Ali-'Imran ayat 152 dan 155, juga Al-Maidah ayat 95 dan 101. Ternyata tidak ditemukan satu ayat pun yang menganjurkan agar meminta maaf, tetapi yang ada adalah perintah untuk memberi maaf.

"Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada.Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?" (QS Al-Nur [24): 22).


Kesan yang disampaikan oleh ayat-ayat ini adalah anjuran untuk tidak menanti permohonan maaf dari orang yang bersalah, melainkan hendaknya memberi maaf sebelum diminta. Mereka yang enggan memberi maaf pada hakikatnya enggan memperoleh pengampunan dan Allah Swt. Tidak ada alasan untuk berkata, "Tiada maaf bagimu", kerana segalanya telah dijamin dan ditanggung oleh Allah Swt.

Perlu dingatkan juga, bahawa pemaafan yang dimaksud bukan hanya menyangkut dosa atau kesalahan kecil, tetapi juga untuk dosa dan kesalahan-kesalahan besar.


Dalam surah Al-Baqarah ayat 51-52, berbicara tentang pemaafan Allah bagi umat Nabi Musa a.s. yang mempertuhankan lembu:

"Dan (ingatlah) ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah empat puluh hari, lalu kamu menjadikan anak lembu (yang dibuat dari emas) untuk disembah sepeninggalnya, dan kamu adalah orang-orang yang zalim. Kemudian sesudah itu Kami maafkan kesalahanmu,agar kamu bersyukur."
(QS Al-Baqarah [2]: 51-52).

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. [4:1]

marilah kita sama2 saling bermaaf2an sesama manusia.kerana manusia bknnya sempurna..setiap org melakukan kesalahn.jgnlah menyombong diri di muka bumi Allah ini kerna Allah melihat apa yg kamu lakukan.Kerna Azab dan seksa Allah sgt Dasyat dan pedih.tidak slh kn kita memaafkan dan maminta maaf sesama org lain dgn ikhlas.Misalnya,ada ssesiapa yg meyakiti kita biarkanlah dia.kita ubati hati kita dgn zikrullah bkn dgn membenci shbat yg menyakiti kita itu tadi.tapi sayangilah dia sebgaimana Rasullulah saw memaafkan musuhnya.Beri salam kepdanya ,beri kebaikan, lgi kita disakiti kita doa moga2 Allah memberi petunjuk hidayah.

Kita Baru diuji sedikit sahaja jika nak dibandingkn dgn Rasullulah SAW .kenpa kita susah sgt nak maafkan org lain. Cuba check balik solat kita adkah kita solat kerna wajib ataupun ikhlas kerana Allah.atau nak menunjuk2 shaja. Bukan kah memberi maaf itu lazat..ganjaran nya lgy hebat drpda membenci shbat2 kita.

Sesungguhnya Allah itu Maha pengampun wahai sahabat2 ku.Kenapa kita mesti menanam rasa kebencian, sakit hati & dendam kpda mereka.Jgn jdikn syaitan itu shabat,jgn hitam kan hati kita.Jika shbat yg meyakiti mu itu sudah meminta maaf, mmbyar hutang , & sebagainya..kenapa kita masih menyombong diri..kenapa maaf sesama manusia kita sukar meminta maaf walopun keslhn nya sekecil zarah.tp keslhan kita kpda Allah sgt byak .tp kita ta mahu minta maaf..suci sgtkah diri kamu..?? fikirksanlah shbat yg ku sygi..bagus sgt kah kita di muka bumi Allah..sebenarnya kita tiada apa2 di muka bumi Allah.tiada seorg pun yg lebih mulia melaikn terhadap taqwa dan amal soleh.Jgn lah kamu sesekali keluar drpda landasan Islam.

Jgn kamu sakiti sesiapa pun,supaya kamu tidak menyakiti org lain pun.Berwaspadalah terhadap syaitan,berjagalah kamu syaitan cuba menggoda & memperdayakan kamu utk memutuskn silaturrahim antara shabt2,saudara2 mu..!!

p/s : Renung2 kn lah..jgn sesekali kamu meyombong diri di muka bumi Allah ,Azab Allah sgt dasyat. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagy maha penyayang.maafkanlah mereka sebelum tido.jgn disimpan didalam hati..~~pesanan buat semua & saya sendiri kita semua adalah sama disisi Allah~~


source:

0 comments: