Pages

Friday, March 20, 2009

Lelaki X peka PErasaan PErempuaN

1. Memerintah - apabila mmerlukan sesuatu memberi perintah dan bukannya permintaan.

2. Bergurau kasar- guraun ygkasar & tidak sesuai dgn keperibadian wanita yg lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika humor yg berbaur seks.Apabila wanita muenunjukkn rasa jengkel,lelaki marah pula dan berkata ’bergurau pun x boleh’. elok kamu betulkan sikap kamu.

3. Cepat Naik Berang – Membuatkan wanita berjauh hati.Tidak hairanlah kamu suka bertukar-tukar psngn.Sapew Yg tahan..Kalo lelaki Mcm neyh…

4. Cakap besar- ske syok sendiri memegmembosankan.Meraka saje yg bagus & org laen pndng sblah mata jew..Org Mcm neyh sering Disingkirkan dlm Persahabatan.

5. Suka Control- Cemburu buta terlampau. Sampai terpaksa minta izin daripada kamu utk ke mana shja. Melampaulah kalo sedara sendiri pun nak cmburu.

6. Ego-Sikap ego inilah yg selalu adew pd Lelaki.Mereka tidak sedar akan kesilapan mereka.KAum lealaki Sukar utk meminta maaf.

7. Tidak suke meluahkan Emosi-walopun ade sesuatu mslah lelaki lebih suke diam membisu,..dan membuatkan waita betanya-tanya.Keadaan ini membuatkan wanita akan ras adirinya x guna keran x dpt membantu kekasih hati.Wanita akn terasa terasing & terabai .hal ini akan megeruhkan keadaan.

8. Buat wanita rasa bersalah- Jika wanita menimbulkan perasaan yg kurang senang.Lelaki mengaanggap wanita itulah yg bertnggunjwb membngkitkn perasaan negative pd dirinya.Seharusnya kamu bersikap toleransi agar x mengguriskan hati mereka..dan tidak membuat mereka rasa bersalah.

9. Lokek beri Pujian- Lelaki ske dipuji tp berat utk member pujian.Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan.

10. Pengotor-Tiada wanita yg thn dgn sikap pengotor lelaki. Sama ade dlm soal kebersihan diri & yg suke mengotorkan persekitaran.

11. Lupa hari-hari istimewa-Wanita bersifat romantic memg senag diberi hadiah pd hari2 istimewa.Lelaki yg buat dek akan membuatkan si dia bersedihhati dan merajuk.

12. Tidak tunjuk rasa kasih-Wanita ingin dibelai dan dimanja seperti lagu ‘KArena Wanita’ yg dinyanyikan oleh ada band.Wanita ingin kan guraun,berkongsi masalhh & luahankasih syg.

The conclusion is Sila peka dgn perasan Wanita..=)

Source: remaja 2007

Monday, March 16, 2009

Saya Mahukan Wanita Solehah

“Saya mahukan wanita solehah, bu. Saya harap bu dapat carikan saya seorang wanita solehah yang akan mendampingi hidup saya, menghirup kesusahan dan kesenangan bersama saya,” bilang saya pada ibu saya satu ketika. Masing-masing mempunyai definisi tersendiri tentang wanita solehah, saya juga tidak terlepas. Seperti itu jugalah setiap orang mempunyai definisi citarasa tersendiri tentang kecantikan. Yang pasti, lelaki mahukan wanita yang solehah yang mampu menempuh kehidupan bersama dan begitulah sebaliknya. Solehah itu bukan pada nama atau rupa, tetapi hati dan budi.

Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya?. Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, bukannya lembu. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.

Yang jelasnya, solehah ialah satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki. Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:

1) Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.

2) Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir.

3) Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.

4) Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.

“Macam mana kamu nak orang solehah sedangkan kamu kerja pun tak ada. Ada ke orang nak kat kamu yang kerja takde ni?” tanya ibu, sinis sekali. Saya terpukul dan membantutkan hujjah saya buat seketika. Namun hanya seketika. Saya menerawang berfikir. Ibu seorang kakitangan kerajaan. Mungkin sejak saya dalam kandungan lagi ibu berpesan sambil mengusap perut, “Ngah, bila besar nanti, kena kerja kerajaan”. Aduh, berat sekali untuk berdepan dengan kehendak ibu yang mendesak sebegitu. “Nanti tok Qadhi tanya kerja apa, ha..nak kahwin macam mana?” Begitulah bilang ibu.

Saya mencari-cari. Mengintai-intai mana-mana muslimat yang kuat. Ada yang mahukan suami yang pandai buat roti canai. Ada yang mahu suami yang kerja tetap. Ada yang mahu menurut kehendak ibu bapa sahaja. Ada yang mahu senegeri. Ada yang mahu sebaya, tidak kurang juga yang mahukan yang lebih tua. Ada yang mahu suami yang prihatin dan mengambil berat. Ada yang mahukan keromantikan. “Ada tak yang mahu orang yang tidak bekerja dengan kerajaan macam ana?” tanya saya kepada seorang sahabat akhawat satu ketika. “Jadi, ustaz kerja apa? Takkan nak bagi dia makan pasir?” Tanya balik akhawat tersebut. Ish, banyak songeh betul. Orang tanya, bukan nak jawab. Dipukulnya pula saya dengan persoalan itu. Aduh, peritnya. “Ustazah, ana meniaga,” balas ana balik. “Ustaz meniaga apa? Miskin je nampak,” Ish, budak ni. Memang nak kena. Aku luku sekali baru tahu. Kata saya dalam hati. "Awat ustazah banyak sangat tanya ni ? Ke ustazah yang nak kat ana ?” Saya bagi buah kilas sekali. Terus dia terdiam dan, dot, dot, doooot. Fuh, malu la tu. Gerutu hati saya.

Saya berniaga dengan Allah. Biarlah Allah yang membalas segala usaha saya. Saya tidak gemar bekerja dengan manusia yang banyak protokolnya. Saya bukan semacam ibu. Malah saya berbeza dengan kakak Sarah yang rajin bekerja. Adik-adik saya sinis berkata, “Ada orang tu, dapat kerja tapi tolak, kuikui,”. Apapun, saya masih mengembara mencari wanita solehah. Yang sanggup menghirup kesusahan bersama saya, terbang mencari ampunan Illahi melalui gerak kerja Islam. Ahhh..saya mahukan wanita solehah, tolonglah! Kenapa saya mahukan wanita solehah? Kerana saya mahukan hidup saya bahagia. Saya tidak pentingkan yang romantik kerana cukuplah saya yang romantik. Saya tidak mahukan yang kaya-raya kerana saya sudah terbiasa dengan kesusahan. Saya hanya mahukan Solehah. Ops.. maaf tersilap. Bukan saya mahukan Solehah tetapi mahukan yang solehah.

“Ustaz Mi, bagaimana caranya mahu mendapatkan wanita solehah. Saya ingin menjadikannya teman berbicara tentang ilmu, teman seperibadatan, teman yang berkongsi perasaan dan permasalahan. Bagaimana caranya Ustaz Mi?” tanya saya kepada sahabat saya Azmi satu ketika. Walhal, Azmi sendiri teraba-raba mencari wanita solehah. “Enta ni Dzul. Enta nak orang solehah, tapi enta pula entah apa-apa. Macam mana enta nak orang solehah kalau macam ni?” Aduh, saya terpukul sehingga kelebam-lebaman dibuatnya.

sumber:www.iluvislam.com
Mohd Dzul Khairi Mohd Noor
EditOr: mawaryangtinggi

INiLAH LeLAki

Ø Jika kamu melayaninya dgn baik dia fikir kamu jatuh cinta padanya.Jika tidak Kamu dikatakan Sombong.

Ø Jika kamu berpakaian cntik,dia fikir kamu sedng mencuba utk menggoda nya.jika tidak diakata kamu out of date.

Ø Jika kamu berdebat dgn nya dia kata kamu KEras KEPaLA.Jika kamu tetap diam, dia kata KAmu x Punya OTak.

Ø Jika kamu lebih bjak drpda dia dia akan kehlngan muka jika dia yg lebih bijak dia akn kata dia yg pling hebat.

Ø Jika kamu x cinta pdanya, dia akan cuba mendptkan kamu.JIKA KAmu Mencintainya,dia akan cuba utk menngglkan mu.

Ø Jika kamu beritahu masalah kamu,katanya kamu menyusahkan.Jika tidak dia Akan kata KAmu tdak Mempaercyai mereka.

Ø Jika kamu cerewet pda dia,katanya kamu seperti pengasuh baginya.TApi jika dia yg cerewet pda kamu kata nya kerana dia prihatin.

Ø Jika kamu melnggar jnji kamu,katanya kamu x boleh dipercyai.Jika dia yg mengingkari janjinya,dia kata dia melakukan nya kerana terpaksa.

Ø Jika kamu merokok katanya kamu adalah gadis liar! Tpi kalau dia yg merokok,katanya dia adlah seorng yg gentleman,..SengalNYA…hehe

Ø Jika kamu meyakitinya,katanya kamu perempuan kejam.TApi jika dia yg meyakiti kamu,katanya tu kerana kamu terlalu sensitive dan terlalu sulit utk dibahagiakan.

Alhamdullilah- too phat,dian sastro & yassin

Di saat waktu berhenti...kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini
cuma Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar...

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab'idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a' kulli na'ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba' ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mu