Pages

Thursday, June 28, 2012

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran


Salam semua.. dah lama saya tak update blog ..
hari ni saya nak berkongsi psl tajuk kita ni..
saya bukan nak cakap yang saya ni bagus..tapi saya nak semua
baca elok2 dengan seikhlas hati dan penuh rasa tanggunjawab..
tentang tajuk kita hari ini saya nak menceritakan tentang berpesan-pesan lah kepada kebenaran.


terus terang saya katakan memang lah kita semua bukan manusia yang sempurna.. 
Memang kita bukan nabi yang ada sifat maksum.. kita kena sentiasa cermin diri sendiri.. betul tak?.
Memanglah kadang ada manusia yang rasa susah utk menerima kebenaran..kan NAbi pernah bersabda yang Agama itu nasihat..

*Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.Hadis riwayat al-lmam Muslim.


Andai kata kita sendiri tak memulakan nasihat sesama rakan siapa lagi yang akan mulakan..
kita nasihat dia kerana kita sayang dia, kita tak nak dia terjerumus dalam lembah binasa..takkan nak tunggu kita menjadi manusia yang sempurna, yang ada master atau PHD baru boleh nasihat orang?
bak kata ustaz akhil hayy " jangan tunggu sampai nak jadi ustaz, tapi bila kita nak start?"

Nasihat la dengan penuh hikmah dan berhemah.. Pasti ramai mempunyai akaun Facebook. kita boleh share gambar-gambar atau kata-kata hikmah berkaitan motivasi, hidup , dan Islam.. walaupun kita dah cuba menasihati sahabat-sahabat kita.. bersabar dan berdoalah moga diberi hidayah dan petunjuk..kerna Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar.. 

Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya
peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(Adz-Dzaariyaat 51:55)



Apa bukti kita sayang Allah, Nabi dan para rasul jika kita tak melaksanakan tanggungjawab ini.?Nasihat saya kepada diri saya dan para sahabat berpesan-pesanlah kepada kebenaran walaupun ia nya pahit untuk ditelan tapi percayalah ia pasti akan menjadi ubat kita di akhirat sana.. ^_^ Ya, kita semua manusia yang pernah melakukan dosa.. tapi kita cuba untuk menjadi lebih baik daripada semalam.. Renung2kan dan selamat beramal..