Pages

Saturday, May 29, 2010

Wasiat Nabi Muhamad SAW kpd Saidina Ali r.a

Whai Ali,bagi org MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
  • Tidak terpaut hatinya pda harta benda dunia.
  • Tidak Tepersona dgn PUjuk rayu.
  • Benci terhdap perbualan yang sia-sia.
Whai Ali,bagi org ALIM ada 3 tanda-tandanya:
  • Jujur dalm berkata2.
  • menjauhi segala yang haram.
  • merendahkan diri.
Whai Ali,bagi org JUJUR ada 3 tanda-tandanya:
  • merahsiakn ibadahnya.
  • merahsiakn sedekahnya.
  • merahsiakan ujian yg menimpanya.
Whai Ali,bagi org TAKWA ada 3 tanda-tandanya:
  • takut berlaKU DUSTA
  • menjauhi kejahatan
  • memohon yg halAL KRNA TKUT KEHARAMAN
Whai Ali,bagi org AHLI IBADAH ada 3 tanda-tandanya:
  • mengawasi diri nya.
  • menghisab dirinya
  • memperbykkn ibadah kpda Allah SWT.
~~semoga kita semua dpt mgubah diri utk jadi yg lebih baik.yang baik dtg nya dari Allah,Yang kurang dtg nya dari diri sy sendiri.wassalam.~~

source:soal jawab ttg ISLAM.-telaga biru-

Saturday, May 22, 2010

Kisah Lawak

> (forwaded message from arhamzul blog)
> TAZKIRAH >> Susah Nak Cari Orang Beriman
>
> Assalamualaikum…
> Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini….
>
> kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja..
>
> Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…
>
> Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..
> Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
>
> tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik :
>
> “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”
>
> Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu…
>
> Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
>
> “Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat”….
>
> sambil kedua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersembahyang berjemaah….
>
> Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah…
>
> Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… “
>
> ” Lawak kan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya…
>
> kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
> baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”
>
> “Lawak kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembah yang raya…”
>
> “Lawak kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”
>
> “Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia”
>
> “Lawak kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..
>
> Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama..Lawak kan???
>
> Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????
>
> Wallahualam..renung2kan..

Wednesday, May 19, 2010

Jangan berbangga & bermegah dgn nikmat dunia

Allah berfirman: "Supaya kamu tidak bersedih hati akn apa yg telah luput drpda kamu, dan tidak pula bergembra (secara sombong & bangga) dgn apa yg dbrikan kpda kamu.Dan (ingatlah) Allah tidak suka kpda tiap2 org yg sombong Takbur,lgi membanggakn diri."
(al-Hadid:23)

Rasullullah SAW bersabda: sesugguhnya Allah menyukai seorg yg pnyabar dan pemalu dan ia membenci seorg yg suka melakukan kekejian dan mencarut (bercakp kotor).

Sabda Rasulullah SAW:"org yg rugi ialah org yg tunduk kpda dunia.org yg berjaya ialah org yg berpaling darinya.Sesiapa menuntut dunia,dunia akn hilang darinya.Sesiapa memndang dunia, dunia akn membutaknnya.

Sabda baginda juga: "sesiapa kasihkn dunia dan seronok dgnnya, akn hilanglah perasaan bimbangkan akn akhirat dari hatinya."

Umar bin Abdul Aziz selalu bermisal dgn syair yg didendangkn oleh Mus'ir bin Kidam iaitu:
Siang kamu- Wahai org yg tertipu - adalah hiburn dan kelalaian ,mlm kamu pula adalah tidur, mka kbinasaan adlah mnjadi kemestian bgi kamu.
Kamu telah dperdaya oleh apa yg fana dan kamu gembira dgn angan2 sebgaimana org bermimpi tertipu dgn kelazatan dlm tidurnya.
kesibukn kamu dgn dunia mnyebabkn kmu benci kesudhannya(yakni pengakhiran hidup kamu d dunia),
Demikianlah juga di dunia hidupnya binatang2.

source: 50 kewajipan seorg muslim


*Janganlah bermegah2 dgn nikmat dunia tetapi Bersyukurlah Dgn setiap pemberian Allah.

Monday, May 17, 2010

Musibah:Mesej drpda Ilahi

Setiap musibah yg berlaku di alam ini,mengandungi mesej2 tertentu drpda Allah S.W.T.

Renungilah hikmah di sebalik musibah :
  • melatih diri agar dpt bersabar.
  • Meyucikan diri drpda sifat2 tercela.
  • Agar manusia lebih dkat dgn Allah.
  • Mungkin Allah rindu akn rintihan hambaNya.
  • Supaya darjat umat dpt di tingkatkn.
  • Menguji thap keimanan seseorg .
  • Musibah juga dtmpa akbat manusia memutuskan hubungan dgn Allah.Supaya Manusia dpt mngmbil pengajaran drpda musibah tersebut.Allah Berfirman bermaksud
    "Dan sesungguhnya kami telah menghukum (firaun dan) kaumnya dgnn (mendtgkn)musim kemarau yg pnjng & kekurgn buah-buahan,spya mereka mngambil pengajaran(surah al-a'raf 7:130)

  • Indicator(penunjuk) Bhwa Allah itu maha Perkasa dan manusia pula hamba yg sgt lemah dan x berdaya apa jua.
  • mjdikan doa & taubat itu betul2 ikhlas.Manusia yg baru dtmpa musbah brada dlm keadaan lemah dan tawaduk.Ini boleh menghasilkn doa taubat yg tulus.
  • membngkitkn org2 yg diuji drpda kelalain dunia.
  • Musibah sumber pahala & kebaikan.
  • Kdngkala org g ditimpa musibah ini org yg teraniaya,maka Allah telah merahmatinya dgn mngurniakn doa yg makbul.
  • Musibh juga menunjukkn di diunia ini tiada apa2 jika nk dbndingkn dgn akhirat.Dunia hnya jmbatan ke syurga atau neraka.
  • Sesungguhnya pilihan Allah adlah pilihan yg terbaik berbnding pilihan seorg hambanya.
  • Kdngkala manusia tidak tahu akibat sesuatu perbuatan.Dgn adanya musibah, manusia dpt mmpelajari sesuatu iaitu akibat.
source: solusi.

Thursday, May 13, 2010

Baca & Fahamilah Setiap Isi Al-Quran

Dgn Nama Allah yg maha pengasih,Maha Penyayang.

Manusia zaman skrg hanya membaca al-quran tetpi tidak memahami maksudnya.Kita sbgai umat islam perlu ada tafsir al-quran sbgai rujukan,petunjuk & peringatan.tetapi adejuga yg masih meragukn isi kndungan al-quran.Mengapa Kita masih meragukn Kitab(al-quran) ini.Bukankah semuanya ada dlm al-Quran.Knape kita x cuba fahami intipati Al-quran.Semuanya Ada(psl solat,haji,zakat,Kiamat,& byak lgi) telah Temaktub dlm Al-quran.Selain itu,Byak juga Keajaiban Dlm Al-quran.kita sbgai hmba nya Perlu memahami & mngamalkn bcaan ayat2 quran.

"Dan ini adalah kitab(al-quran) yg kami turunkan dgn penuh berkah.Ikutilah, dan brtakwalah agar kamu mndpt rahmat."(surah al-an'am 6:155)


Contoh psl hari akhirat:Di akhirat nnti bermcm ragam akan kita lihat ketika kita semua menerima buku catatan amln nya semsa kita hidup di dunia.

Golongan Beriman Kpd Allah menerima buku catatan nya.
" Wahai manusia! Sesunguhnya kamu telah berkerja keras menuju Tuhanmu,maka KAmu akn menemui-Nya.Adapun org yg catatnnya diberikan di sebelah kAnannya, Maka dia diperikasa dgn pemeriksaan yg mudah.Dan dia akn kembali kpda keluarganya ( yg sama2 beriman) dgn gembira."(surah al-insyiqaq 84:6-9)


Golongan Yg tidak Beriman Menerima buku ctatanya.
"Dan adapun org catatannya dbrikan dri sebelah belakang.Maka dia berteriak, "CElakalah aku!".Dan dia di masukkn ke dlm api yg menyaa-nyala(neraka).""(surah al-insyiqaq 84:10-12)

  • "bukankah Allah hakim yg paling Adil?"(surah at-tin 95:8)
Ibu bapa sptutnya Mndidik ank2 sjk dri kecil utk mmbaca & memahami Al-quran supaya mereka lebih Takut dgn Azab Allah."sungguh,Azab tuhanMu sgt keras."(surah al-buruj 85:12) ibu bpa akn dprtggjwab dlm mndidik ank2 di akhirat kelak.

  • Ingatlah Kita semua pasti akn kmbli pda Allah.
"Allah yg mematikan kamu,setelah itu mengumpulkn kmu pda hari kiamat yg x diragukn lgi,tp kbnykn manusiA TIDAK MENGETHUI."(surah al-jasiyah 45:26)

Sesungguhnya Al-quran inilah yg akn menerangi KUburmu.dan Meberat kn Timbangan kita di akhirat Kelak..Al-Quran lah Teman Kita Di dunia & akhirat.marilah bersama2 kita semua mmbca & MEmahami initipati al-quran..=)

Wednesday, May 12, 2010

Surat Adam Untuk Hawa

Wahai sahabat Muslimat Sekalian,

Renung-renungkanlah intipati daripada surat Adam kepada Hawa ini, Ketahuilah olehmu wahai Bunga-bunga Islam,kita adalah sayap kiri pada mereka(kaum muslimin). Sedih rasanya jika teguran baik yang mereka berikan kita tak ambil kisah. Bukankah ia juga untuk kebaikan bersama.Fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku……

Dengan nama Allah swt Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang………..
Didoakan semoga kalian berada dibawah lembayung rahmat dan keredhaan Allah swt….

Hawa....

Maafkan aku jika coretan ini bisa mengguris hatimu. Meskipun kutahu,jiwamu selembut sutera dan bisa hancur lantaran kata-kata yang bakal ku ungkap ini, mengertilah duhai Hawa, kerana kaulah pengubat kesunyian waktu aku di syurga dulu dan engkau juga asalnya dari tulang rusuk kiriku yang bengkok,lantas kerana bimbang hidupmu terpesong dari landasan yang sebenarnya,kugagahi jua diri ini....

Hawa....
Maha Suci Allah yang telah mentakdirkan kaummu melebihi bilanganku di akhir zaman ini. Itulah kebesaran dan penelitian Allah swt dalm urusan-Nya. Bayangkanlah Hawa...sekiranya kaumku melebihi kaummu, yang pasti dunia ini kan berkecai kerana huru-hara dan diselimuti warna-warna suram lantaran kekejaman dan penindasan....

Hawa....
Suka untukku mengajak dirimu agar berfikir sejenak tentang hakikat kekalutan yang melanda disaat ini. Tapi permintaanku,duhai Hawa...cubalah ! Renungkan jua yang sebenarnya dirimu kini sudah berubah...Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu kini, kian berubah..

Tidakkah kau mengerti bahwa dirimu adalah umpama sekuntum bunga yang indah di pandangan mata namun bukan perhiasan semata-mata. Duri-duri yang melingkarimu itulah hijab yang digariskan oleh Allah swt sebagai pelindung yang diertikan sebagai aurat seorang yang bergelar wanita. Mengapa Hawa? Mengapa harus kau biarkan ia terdedah kepada kami,kaum ajnabimu?

Betapa hancurnya hatiku menyaksikan dirimu umpama bahan yang dapat diperkotak-katikkan. Dimana-mana saja,bisaku lihat dirimu menghayunkan langkah ,bukan sebaik dulu lagi. Langkahmu kian pantas. Apa sebenarnya yang engkau kejari?. Aku sendiri tak pasti! Terkadang, ku tak dapat membezakan antara dirimu dan teman-teman yang lain, bersama hayunan langkah itu, suaramu kian meninggi,diiringi gelak tawa yang cukup memedihkan mata dan hatiku ini...

Sedarkah kau Hawa.....?
Haruskah aku terima hakikat yang kau kini sudah berubah?
Semakin jauh dari landasan Tuhan yang pernah kutelunjuki buatmu dahulu!

Hawa....
Mengapa mesti dirimu kini jadi tontonan ramai? Perlukah kau hiasi dirimu untuk menarik perhatian sehinggakan yang seharusnya menutupi auratmu, kau miliki dari ciri-ciri yang ditegah dalam Islam? Sukar bagiku untuk melihat kembali keadaan yang mana sesederhana yang mungkin! Cukup untukku merasakan kehadiranmu disaat ini tidak lebih dari mempamerkan perhiasan diri yang kau punyai.

Fahamilah Hawa,usahlah menurut kerakusan nafsu menjelajahi sebutir peluru yang bisa hinggap di mana saja meninggalkan fitnah buat kaumku ini....

Hawa....
Betapa sakit dan pedihnya disaat kulihat auratmu menjala, di sekeliling pandangan. Aku tidak mahu Hawa..Suatu hari nanti, di negeri yang abadi itu, memperlihatkan seksaan terhadapmu yang ku kira paling dahsyat, apa tidaknya.Seurat rambutmu yang keluar, ular menanti dimana-mana, sejengkal tanganmu kelihatan ...aduh!! Banyaknya seksaan menantimu!...

Mengapa begitu Hawa? Tidakkah kau ingat apa yang perlu kau jaga adalah maruahmu! Maruah seorang wanita yang tersandar di bahumu kelemahan dan kekurangan!!


Jadi bagaimana seandainya kelakuan dan auratmu terpamer di mana-mana saja?

Hawa...
Tidakkah kau malu dengan pembohongan yang kau sembunyikan dalam dirimu sendiri?
Di sini auratmu kau selindungi disebalik pemakaianmu, atas dasar peraturan dan persekitaran kalian. Tetapi jauh nun diluar sana ,tersentak diriku tatkala dirimu telah jauh berbeza! Tudung ke mana,jilbab ke mana? Apatah lagi tingkah lakumu..! Dimana kau letakkan martabat seorang yang bergelar muslimah? Aku diselubungi rasa malu atas penghinaan ini!

Hawa....
Tutupilah auratmu, jagalah dirimu ,bertuturlah dengan suara yang lembut mampu kau kawal lantaran jika terlanjur, semuanya bisa membawa dosa padamu.

Jangan kau memperlihatkan apa yang tersembunyi pada dirimu..tapi ingatlah ,cukuplah sekadar tapak tangan dan wajahmu yang dizahirkan ,namun bukan kakimu,rambutmu,dan jua tubuhmu.....

Firman Allah swt:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan dari pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka dan jangan menampakkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Hawa....
Mungkin ku harus menghentikan bicara pertama ini di sini dulu...

Andai diizinkan Allah swt, kita bersua lagi dilain lembaran dan yang pasti aku tetap terus membimbingmu. Harapanku agar muncullah walaupun hanya secebis kesedaran dihatimu dan akan mendoakan moga Allah swt membuka hati kalian untuk mencetuskan perubahan....Akhir kata ,ketahuilah.............

“DUNIA INI MERUPAKAN PERHIASAN DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH”

*Psanan Buat semua n diri ku jua yg serba kekurngan..Dan semoga Kita semua Diberi hidayah dan petunjuk utk mndpt RedaNya..Semoga HAti kita semua lebih Terbuka Utk Mnjdai lebih baik.


Source:www.iluvislam.com

Thursday, May 6, 2010

-Jalan Yang Lurus-

Di MaNA jALAN yG Lurus?
Ada Pada Al-Quran.
Firman Allah ,maksudnya: " dgn yg denikian,berpegang teguhlah engaku kpd al-Quran yg Telah Diwhyukan kpdamu,Kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yg lurus."
(surah al-zukhruf 43:43)


SiAPAkaH yG mELALui jALAn iNi?
YAng Menyembah Allah
Firman Allah ,maksudnya:"sesungguhnya Allah ialah tuhanku dan tuhan kamu,oleh itu beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah Jln Yg lurus." (Surah al-imran 3:51)

Yang Bersyukur
Firman Allah ,maksudnya:"Dia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah. Allh telah memilihnya (menjadi nabi) dan memberi hidayat petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus." ( surah al-nahl 16:121)

KE MaNa JaLaN iNi MEmBaWAKU?
kepada cahaya Iman
Firman Allah ,maksudnya:" Dgn (al-quran) itu Allah menunjukkan jalan2 keselamatan serta kesejahteraan kpda sesiapa yg mengikut keredaanNya dan (dengannya) tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita(kufur) kpda Cahaya (iman) yg terang-benderang,dgn izin-Nya dan (dengannya juga) Tuhan menujukn mereka jln yg lurus." (surah al-maidah 5:16)



Tuesday, May 4, 2010

Pembuangan Bayi Makin Berleluasa..

Salam semua...lama x update blog nie.,.memndngkan skrg byk sgt paper cter psl buang bayi...just nak cter sdkt psl pembuangan bayi nie..sngguh kasihan bayi2 yg x berdosa ini kn.mereka x sempat nk menikmati hidp di dunia..di manakah ibubapa mereka yg xberhati perut nie.?? Kenpa Korg sggup buang bayi yg xberdosa nie..tidak tkutkah kamu bile di pdg masyhar nnti..

Mgkin ini lah yg dikatakn manusia akhir zaman..Jgn kjadi Mnusia x bertggungjwab...Kuat kn lah iman2 kamu wahai wanita sekalian..Jgn kita ditindas oleh kaum adam..Jgn cepat cair dgn pjukan syaitan dan nafsu...Ya Allah lindungilah kami semua..Jgn disbbkn mereka kita terlibat dgn maksiat...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Bayi2 yg bru dilahirkan sgt x berdosa2...kita perlu mendidik mereka utk jadi lebih baik ..jadi insan yg berguna di muka bumi ini.Jadi khalifah yg di sygi Allah...aku kasihan pda bayi2 ini mereka memerlukan kasih syg..bukan nye dibuang sebegitu rupa...di dlm semak,dikerumuni semut,di buang dlm tong smpah..Jika xmahu anak2 itu knpa mlkukan Maksiat..kenapa2?? Sbb Nafsu da mnguasai diri...

Kita xptut pinggirkn mereka...kita septutnya sbgai umat islm..menasihati mereka utk jdi lebih baik...x sptutnya mereka berterus2an dgn khidupn seperti itu...setiap apa yg kita lakukan di muka bumi Allah akn Di pertanggungjwb pd hari Akhirat esok...Keluarga amat penting dlm mendidik anak2 merka...guru2 juga perlu mndekati pljar2 yg bermalsah ini..jgn dihina jgn dicemuh,.

"Dan suruhlah berbuat kebaikan,serta laranglah drpa mlkukan perbuatan yg mungkar." (luqman:17)

Kembalilah ke pngkal jln...Jgn diulangi kslahan yg sama..Ingtlah Allah Amat myayangi hamba2 nya yg bertaubat...



Petua Menjaga HAti





Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur
– Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran
– Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari
– Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.



11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.



13. Jaga makanan
– jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.



17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat


*psn pda diri & semua...Smoga kita semua dpt mengawal hati kita drpda nafsu..InsyaAllah..^_^

source.:www.iluvislam.com