Pages

Thursday, October 15, 2009

The twenty Essential Attributes (Sifat Wajib) of Allah



Wujud=exist
Qidam=exist without beginning
Baqa'=Exist Forever[allah itu kekal]
Mukhalafatuhu lil hawadith=Nothing is equal to Allah[tiada yg sma dgn Allah]
Qiyamuhu binafsihi= Allah Needs No one besides him[Allah tidak memerlukan kepada yg len]
Wahdaniyyah=Allah is one and only God.[Allah itu Maha Esa]
Qudrah=Most Powerful[Maha Berkuasa]
Iradah=Singlehandedly Decision[mengikut KehendakNya]
Ilmu=Full knowledge[Allah Maha Mengetahui]
Hayah=Live forever & never dies[Allah Bersifat Hidup]
Sama'= all hearing[Allah Bersifat mendengar]
Bashar=all Seeing [Allah bersifat Melihat]
Kalam=Allah Speaks through Quran.[Allah bersifat Berfirman]
kawnuhu Qadiran=Allah is always full power[Allah sentiasa bersifat dlm berkuasa]
kawnuhu Muridan=Allah is always in his own will.[Allah sentiasa bersifat dlm keadaan Menghendaki]
kawnuhu Aliman=Allah is always full knowledge[Allah sentiasa dlm keadaan Mengetahui]
kawnuhu Hayyan=Allah is always alive & never dies[Allah sentiasa tetap dlm keadaan hidup]
kawnuhu sami'an=Allah is always full hearing[Allah sentiasa tetap dlm keadaan mendengar]
kawnuhu Bashiran=Allah is always all Seeing[Allah sentiasa tetap dlm keadaan melihat]
kawnuhu Mutakalliman=Allah is always in the state or speaks not like his creation.[Allah sentiasa tetap bersifat dlm keadaan berkata-kata]


Thursday, October 8, 2009

Tanda-tanda kiamat kecil

Tanda-tanda kiamat kecil
Antara tanda-tanda kiamat kecil berdasarkan hadis:
* Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

* Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

* Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah (Skang nie tersgtlah ramai penynyi2 wanita.)

* Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.(cth:msjid kristal)

* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

* Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

* Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

* Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Skarang Pun Da byak Kejadian Gempa,Banjir & Ribut taufan..Bkn shja Di negara Jiran Malah Malaysia pun Kena Ribut taufan Di TereggNu..
wa'allahualam..SesuNguhnYa Allah MAha Megetahui..