Pages

Friday, May 29, 2009

KAta2 SeMangaT @ iluvislam.com

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian.

usaha tangga kejayaan.


Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. .


Discover The beauty of islam...

Macam mana nih...!!

Macam Mana nih..

Kalau kita malas nak zikir, Malas lagi kita nak solat.
(Mestilah, dah zikir pun malas, apatah lagi nak sembahyang!)
astaghfirullahalazim..Ingatlah Allah sentiasa ada di sisi kita di kala susah & senang.. x kn la semayng 5 waktu sehari semlm x leyh nak wat...-Solat ITu Tiang Agama_ Sembahyanglah kamoo di blkang Imam,Sebelum Imam Sembhyang Dibakang kamoo...-

Kalau kita susah nak hormat ibu ayah, Susah lagi untuk kita nak hormat Allah.
(Tak percaya? Cuba fikir, mak ayah pun kita tak reti hormat, macam mana nak hormat Allah, Tuhan Pencipta Alam ini?) masyaAllah..mak ayah la yg banyak berkorban utk kita.. Kalo xder doarng sperla kita. mgkin kita x wujud di dunia ini kalo tiada ibu & ayah mu.. Hormatilah mereka sementara hayatnya masih ada... Doakan lah mereka selalu..=) Ikuti lah perintah Allah & jauhi lah lranganya..Jgnlah KAmu menderhaka dgn ibu bapa mu..Jagalah mereka sperti mana mereka menjaga kamu semasa Kecil...Dakan lah mereka setiap hari..sedekahknlah mereka al-fatihah buat mereka sama ada yg masih hidup atu pun telah pergi kerahmatullah.. Al-fatihah utk Arwah Ayah saya..semuga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkn diklgn org2 yg sleh..amin...

Kalau kita malas berpuasa, Malas lagi kita nak pergi berperang untuk Islam.
(Betullah! Kenapa? Sebab puasa sehari pun kita sudah tak tahan, macam mana nak berperang yang amat memerlukan kekuatan dalaman?) Bukannya x makan satu hari pun..kan kita dglakkn Sahur.. ingat niat kerana Allah,insyaAllah..kalo niat kerana Allah kurang la skit penat nya..jgn lah sik fkir nak mkn jew.. adew org yg lagi susah drpda kita ..bersyukurlah dgn apa yg ada.. berpuasalha kamu supaya merasa kesusahan org2 yg kuarng bernasib baik.. Bukan nya Berat pun nak Pose..=)




Kalau kita susah dan lambat melunaskan hutang kita sesama manusia, Untuk apa kita berhutang dengan Allah.
(Contohnya tinggal solat, puasa, zakat dan macam-macam lagilah! Tak ke namanya hutang dengan Allah itu?) manusia bkn semua nya sempurna..kdng2 terlupa & alpa aper yg kita lakukn di dunia ni..semua org melakukan kesalahan..Byarlah hutang2 sesama manusia..kalo boleh jgn lah kamoo berhutang..=) mmberi hutang sunat tp membayar nya wajib...kdng2 hutang2 kita sma Allah pun luper nak bayar..kAlo puasa cpat2lah ganti pose..jgn tangguh2..solat pun mcm tu jugak..tp kalo terlalu byak sgt berhutang wat lh solat TAubat..insyaAllah,Allah maha Pengampun lagi maha Mengasihi...Sesungguhnya Allha Maha penerima TAubat2 hambanya..

Kalau kita tak mahu memaafkan orang lain, Allah lagi tak ingin nak ampunkan kita!
(Ampunkanlah sahabatmu, sedangkan nabi sendiri ampunkan ummatnya yang beribu!) jgnlah berdendam melebihi 3 hari...terseksa kita kat kubur tu nanti...kita nak tmpat org yg dlm klngan org2 yg soleh...jadi maafkanlah semua org...Supaya Allah Meyayangi kita...

Kalau kita jauhkan diri kita satu langkah dari Allah, Allah meninggalkan kita seribu langkah jauhnya.
(Fikirlah sendiri!) nauzubillahminzalik..kalo boleh jgn lah mcm tu..kita lgi nak dkat kn diri kita dgn allah... wat per nak jauh2 nih...biarlah
Allah meyayangi kita & megampunkan segala dosa2 kita... Allah sentiasa ada di sisi kita...walopun kdng2 Hamba nya Lalai & alpa tetapi Allah sentiasa berada di sisi kita..Allah sentiasa sayang akn hamba2 nya...Jadi marilah kita mencintai Allah & rasulNya...=) Ikut Perintah nya..jauhi LarnganNYa,,Ikut sunnah Nabi insyaallaH kita akn mendpt syafaat di akhirat nnty..amin..=)

Kalau kita membenci Islam, Cuba fikir balik, Macam mana kalau Allah benci kita, meluat dengan kita?
(Fikir dahulu sebelum buat!) Nauzubllahminzalik..jgn membenci Allah..tp menyayangi & mencintailah Allah Sepenuhnya..keran dia lah yg beri kita nikmat hidup di dunia ini....Bersyukurlah dgn nikmat yg allah Berikn kpda Kamo semua...Kdng2 hidup x slalu nyer indah...Ade dugaan & cbaran Yg perlu kita tempuhi utk mdpat Seuatu yg Indah ...=)

"Sesunguhnya Yg baik dtg nya dari Allah,& yg buruk dtgnya drpda kelemahan sy sendiri...=)"
"Ya Allah,kau berikanlah hidyah & petunjukMU kepada semua Umat Islam sejagat Di dunia ini...Ampunilah segala dosa mereka ya rahman,ya rahim...amin ya rabbal alamin"=)

10 Muwassafat Tarbiyah

10 Muwassafat Tarbiyah
Aufa_Risya
editor : IskethaykaL

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

*insyaAllah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, May 15, 2009

Read This Arrtikel..

Tempatkan Bilikku di Neraka


"Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. "Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undangi tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.
*hati2 lah bila berbicara..Ingatlah,dunia hanya pnjaman..renung2kan..


Source:iluvislam.com

Tuesday, May 5, 2009

Ciri2 Sahabat Sejati

Menurut Imam Al-ghazali berpesan kpda anaknye: "wahai anakku sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dgn seseorg maka hendaklah enkau memlih org yg sifatnya seperti berikut:"

>Jika engkau berbakti kpdanya,diaakn menlindngi kamu.
>jika engaku mmemerlukn pertolongn drpdanya, dia akn membntu mu.
>Jika engkau menghulurkn sesuatu kebaikan kpdnya,dia kn merma nya dgn baik.
>Jika engkau rpatkn pershbtan dgnnya,dia akn membalas balik pershabatn Kamu.
>Jika engkau merancngkan sesua2 ,nescya dia akn membnatu mu.
>Jika dia melihat sesuatu yg x baik drpda kamu,dia akn menutupnya.
> jika dia mendpt sesuatu kebajikan (bantuan) drpd mu, Dia akn menghargai atau mnyebut kebaikan mu.
>Jika engkau meminta bntuan drpdanya, dia akn mengusahakn.
>Jika engkau berdiam diri(krna malu hndakmeminta),Dia akn menanyakn kesusahan kamu.
>Jikakamu ber2 berselisih fhm,nescaya dia lebih sng mglaha utk menjaga kepentngan persahabatan.
>dia membantu menunaikn tanggjwab serat melarng melakukan perkara buruk & maksiat.
>Jika dtg sesuatu bncana Menimpa diri mu dia akn meringank kesusahan mu.
>Jika engkau berkata kpdnya,nescaaya dia akn membnarkn kamu.
>Dia mendorong kamumencapai kejayaan di dunia & akhirat.

"sebaik-baik shabat d sisi Allah ialah org yg terbaik terhadap temannya & sebaik baik jiran di sisi Allah ialahorg yg terbaik terhadap jirannya"(H.R al-hakim)

*Yg baik dtgnya DR Allah & yg buruk dtgnya Daripd diri sy sendiri...

Friday, May 1, 2009

Dunia Hari INi..



dunia

penuh dengan derita
ada suka
ada juga dukanya
yang disana sedang menahahahaha
yang disini ditimpa malapetaka

ow dunia harini
ow sedihnya
ow tanah dijajah lagi
ow kehahanya

*
jika ku seorang pelukis
akan ku warnai dunia
denga warna putih
agar tiada gelap
lukisannya ow oh oh dan oh
[ Putihnya Lukisan lyric found on www.lirik.tv ]

oh manusia
tak ku mengerti sifatnya
ada mulia
ada juga kejinya
yang si tua berbalahkan kuasa
yang simuda mengacukan senjata

ow maruah dijual beli
ow murah nya
ow bumi terbelah lagi
ow bencana

ulang (*)

oh oh oh oh oh oh dan oh lagi

ulang (*)