Pages

Tuesday, June 28, 2011

Bagaimana Membina keyakinan Dalam Berkata2?

  • Bercakap dengan hati yang ikhlas.
  • Bercakap benar.
  • Sentiasa berdoa agar percakapan difahami orang
  • Melibatkan diri dengan persatuan sosial
  • Banyakkan bertanya
  • Berlatih di depan cermin
  • Meminta kawan menilai dari semasa ke semasa

Monday, June 6, 2011

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah

Di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah, terdapat 7 golongan manusia yang mendapat perlindungan hebat di padang mahsyar.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:

Imam (pemimpin) yang adil,

pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah,

lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,

dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,

seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah",

seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,

seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


source: www.iluvislam.com

Saturday, June 4, 2011

Muhasabah diri

ALLAH MEMAAFKAN APA YANG TELAH LALU...

manusia selalu saja mengeluh,,,jarang skli utk bersyukur,,,bila ditimpa ujian baru rasa penyesalan yg amat sgt..bila sakit bru nak mengingati Allah..bila tua bru nak beribadat..bila miskin baru nak tergadah..bila lapang tanak rebut peluang..bila mati dah ta sempat nak berpatah balik..


Rasulullah s.a.w bersabda,

"Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara; masa muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati" Hadis riwayat Imam Ahmad.


REBUTLAH PELUANG, DIMASA YANG TERLUANG...selagi Allah memberi kita hayat jgn lah lupa utk bersyukur dan beribdah kepda Nya..


Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan hanya kepada Kami-lah kamu kembali.”(Surah al-Anbiya’, 21: 35)

Sebelum Allah mencabut nyawa kita pada bila2 masa yg Dia kehendaki hendaklah kita sentiasa bersyukur n menunaikn perintahnya dan meninggalkan laraganNYa..JIka kita sentiasa bersyukur kita akn dimurahkn rezki...rezki yg sgt luas ..insyaallah..=]

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.(surah ibrahim 14:7)

janganlah selalu mengeluh tapi berteduhlah kpda yg Maha Esa..berdoa dan bertwakalah kpdaNya Dia lebih mengetahui apa Yg terbaik utk Hamba2Nya...subhannallah..

pesan pada diriku yg sering lupa dan ingin mencari keredaan Allah~~