Pages

Thursday, October 8, 2009

Tanda-tanda kiamat kecil

Tanda-tanda kiamat kecil
Antara tanda-tanda kiamat kecil berdasarkan hadis:
* Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

* Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

* Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah (Skang nie tersgtlah ramai penynyi2 wanita.)

* Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.(cth:msjid kristal)

* Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

* Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

* Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

* Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

* Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

* Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

* Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

* Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

* Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Skarang Pun Da byak Kejadian Gempa,Banjir & Ribut taufan..Bkn shja Di negara Jiran Malah Malaysia pun Kena Ribut taufan Di TereggNu..
wa'allahualam..SesuNguhnYa Allah MAha Megetahui..

Thursday, September 17, 2009

Adkah kita sedar..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

84.katakanlah(Muhammad),"milik siapakh bumi ini,& semua yg ada di dlmnya,jika kmu mgetahui?"

85.Mereka meenjawab '"Milik Allah."Ktakanlah"maka apakah kamu x ingt?
86.Kataknlah "siapakah tuhan yg memiliki lngit yg tujuh & yg memiliki 'arsy yg agung?"
mereka menjwab "milik Allah,"kataknlah" maka mengapa kamu xbertakwa?"
88.Kataknlah," sipakah yg d tgnNYa brada kekuasaan segla sesuatu.Dia melindugi & x ada yg dpt dilindungi( dri Azab-Nya),Jika kamu mengthui?"
89.Mereka mnjwab" MILIK Allah" Kataknlah"(kalo demikian ) mka bgaimana kamu smpai tertipu.
90.Padahal kami tlh membawa kebenaran kpd mreka,tp mereka benar2 pendusta.


102. brg siapa berat tmbngn kbaikannya,mka mreka itulah org2 yg beruntung.
103.brg siapa yg ringn tmbngan kebaiknnya.mka mereka itulah org2 yg merugikan dirinya sendiri,mereka kekal di neraka Jahanam.
104.Wajah mereka dbkar api neraka,& Mereka d neraka dlm keadaan muram dgn bibir yg cacat(bibir atas ditarik ke ats Bibir bwah dtarik ke bawah sehigga nmpak jelek).

(surah Al-mu'minun)

Manusia sering leka dgn duniawi. Manusia sering alpa dgn tnggjujwb nya sbgai Khalifah Allah d muka BUmi.Merka lalai dgn nikmat yg telah Allah berikan. Xterkira nikmat yg telah Allah Brikan.SubhanaAllah!!Ttpi Kenpa kamu Masih Ingkar Dgn PerintahNYa. Tidakkah KAmu TAkut AKn Azb Allah.ahukah Kamu betapa Sakitnya Azab Allah di Akhrat kelak..Belum Lagi Dgn Seksaan KUbur..Waa'allahualm..Adakah KAmu lupa dgn Nikmat Allah.?
Adkah Kamu hidup ini Tnpa arah Tujuan?Ingatlah!
Dunia Hanya Sementara.Akhirat Itulah Puncak Kejayaan Kita.

Marilah Kita sama2 mengumpul amal ibadat kita di dunia..
utk dijadikan Bekalan di akhrat Kelak.
=)

Wednesday, September 16, 2009

Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan
bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai
firman Allah

s.w.t: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang

berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)


Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya.

Lalu baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat

besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12

barisan,masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan

apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:


BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan

berkaki.Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah

Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya

menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah

neraka..."


BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah

suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika

hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya

adala neraka..."


BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh

dengan

ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan

membayar zakat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air

pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang

berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah

neraka.."


BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada

bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu

ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang

menyembunyika perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa

takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali

mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka

terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka

inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut

mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan

memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan

tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan

kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina,

maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."


BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap

dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "

Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka

inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh

mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka

kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah

neraka.."


BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta,

gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar

sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar

beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah

balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang

bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat

seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih

memaklumkan:"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik.

Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu,

ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan

tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan

keredhaan Allah yang maha pengasih..."



*Semoga kita semua dpt bngkit seperti brisan ke-12..amin....

yg baik dtgnya dari Allah s.w.t & yang buruk dtgnya drpd sy sendiri...

yg baik dijadikan tauladan & yg buruk dijadikan sempadan...=)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Saturday, September 5, 2009

SMS R@M@DH@N Al-MubaraK...

Maaf lah lme x jenguk blog..mklum lah..bz ckit...hehe..kat sini sy nak share skit sms2 yg sy dpt..maaf lah kalo sy terlmbat utk mengucapkn selamat Menjalani ibadah pose di buln rmadhan..n sms2 ni bleh la kita hayati bersama...=)

~Tirai Syaabn Telah MElabuh Jen
dela Ramdahn yg Tersentuh ,Chaya KEmuliaaNNya Bersinar d hati insani yg setia menanti janji ILAHI.." Ya Allah yg memiliki Segala KEmuliaan Terimalah kehadiran Kami d bln Ramadahn Ini dlm keadaan ENGAKU Brikn Kemuliaan Bukannya KehinaaN..& dlm Keaadan Engkaubrikn Keampunan, Bknnya Emgaku Biarkn Kami menanggug beban Dosa yg tiada Kesudahan.."

~FAtrah RAmad
han Bakal BErakhir,Andai ini ramdhan terakhir ku."Ya Allah,andai HIDUP Ini lebih baik bagiku,maka pnjangkanlah umurku,Andainya MATi lebih baik bgiku maka MATI kan lah aq Dgn Rahmat MU.Amin" ~ukthiku..peluklah RAmadhan ini seerat mgkin & tgkatkn amal ibadah dgn penuh istqmah krna tiba masa nya kita terpksa melepaskKannya.Andai RAmadhn ini yg terkhir, MOga ia yg Terbaik DsisiNya....

~ Selangkah ke alam Perjuangan,beerti selmanya dlm kepahitan,biarlah menangis, terluka
, kecewa, & ditgglkn kerna Allah drpda Mati terkmbus tnpa mujahadah..kita x snggup selmanya terluka tetapi INgtlah satiap Titisan Air mata adlh MAhar Kita ke syURGA..JIka dtnya knpa Berjuang itu paHIT..? Jwab NYa Kerana SYurga Itu MAnis..

~Apkah anda merindui RAmadhan ? APkah BUKti aq merindui Ramndhan ? Apkah yg tlah aq dapati stlh bethun melalui Ramadhn? Apakh aq ini maksum shingga membiarkan Ra,mdhn BLn MAghfirah Berlalu shja? Siapakah aq d sisi Dia YG MAha Penyayng?Apakah Aq tergolong dlm hambanya yg bersyukur? Di manakanh TEmpAT terakhir ku? Ya Alllah bntulah aq utk meningktkn amlankupd buln Ramadhan ini & menjadaikan Aq hamba MU yg BErtaqwaa..

*sma2 kita Mnfaatkn sebaiknya Ramdhn KAli ini di mana Awalnya Rahmat,PTghan nya Magfirah(keampunan) & penghujung nya Pembebasan
Dri Api Neraka Serta di dlm nya Terdpt 1 mlm yg lebih baik drpda 1000 bulan..

Friday, August 21, 2009

Never GIve Up!!


Jangan Putus Asa
www.iLuvislam.com
oleh : loratadine088
editor : almusafirq8

“Hah!banyak ni je GPA aku? CGPA tak naik pun,erghh!!" Abdul Rahman rasa geram, marah. Dia tidur sepanjang hari. Bangun untuk solat zohor dan makan, kemudian tidur. Solat Asar, kemudian tidur. Solat Maghrib, mandi, makan dan solat Isyak kemudian tidur. Dia bangun untuk solat Subuh, kemudian sambung tidur lagi.

Mukhlis pelik dengan perangai teman sebiliknya itu. Tak pernah dia lihat Abdul Rahman begitu. ”Ab..bangun lah Ab..dah nak Zohor ni..dari semalam kau tido..tak puas-puas lagi ke?” Mukhlis mengejutkan Abdul Rahman. Abdul Rahman bangun, menunaikan solat Zohor, kemudian baring diatas katilnya kembali. “Kau ni, tak sihat ke Ab? Asyik tidur aje...”. “Sihat,” ujar Abdul Rahman. Mukhlis dapat melihat tiada langsung keceriaan diwajah sahabatnya itu. “abes tu…kau ni kenapa? Ada masalah ke?” “Hmm…” Ab sekadar mengeluh. “Cite lah kat aku, kot-kot aku boleh tolong.” Mukhlis mengambil posisi di sebelah Ab.

“Aku geram lah. Kenapa lah aku study bagai nak rak pun, still tak dapat nak skor anugerah dekan? Aku dah buat semuanya,macam petua nak cemerlang, tapi apa hasilnya? 2.9 je! Tak sampai 3 pun! Kenapa lah aku ni bodoh sangat! Tengok Zaki tu, bukannya study sangat pun. Main games, enjoy sini sana, tapi dapat anugerah dekan jugak.” Luah Ab panjang lebar.
Mukhlis tersenyum. “Owh, ini ke masalahnya? Sabar lah Ab, mintak doa banyak-banyak. Allah pasti makbulkan.Allah dah kata,‘berdoalah kepada aku, nescaya aku akan makbulkan’. “Aku rasa, dah puas dah aku berdoa, aku buat solat tahajjud, solat hajat aku tak pernah tinggal..tapi? kenapa Allah tak nak makbulkan doa aku?”
“AstaghfirUllah AlAzim, jangan kau fikir macam tu.Tempis bisikan-bisikan syaitan seperti itu,Ab. Kau kena ingat, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Cuba kau fikir balik, banyak hikmahnya dengan result yang kau dapat tu.”
“Aku tak nampak hikmahnya Mukhlis.Tolonglah aku, aku pun tak nak fikir macam ni, aku tahu aku berdosa.” “Ok takpe, kita review balik hikmahnya.
Pertama - Yang paling penting…percaya lah, Allah sayang kat kau sebenarnya. DIA rindu nak dengar kau bermunajat dan bermohon kepadaNYA. Dia tak nak kau alpa dan lupa padaNYA bila kau senang-senang boleh dapat markah tinggi. Allah sayang kat kau, takut kau jadi ego dan sombong kalau kau tak perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk dapat kejayaan tu.

Kedua - Anggaplah ini didikan terus dari Allah. Study tu, nak kena sabar,kan? Nak kena kuatkan semangat, lawan perasaan mengantuk, perasaan nak main game, nak tengok TV lah, dan macam-macam lagi,kan. Allah sedang mendidik kita supaya bersabar. Kalau kita kurang berjaya, kita cuba lagi. Kalaulah, orang yang mencipta mentol dulu berputus asa, sudah tentu hari ini kita hidup dengan pelita semata-mata. Sebab itu kita tak boleh sama sekali berputus asa.

Ketiga - Dalam proses study tu sendiri, kita kena latih diri kita berdisiplin. Study untuk exam, kita kena buat jadual,dan patuh pada jadual itu,kan? Jadi, secara tidak langsung, sebenarnya Allah sedang melatih kita menjadi orang yang bijak merancang dan berdisiplin. Bukan ke itu merupakan elemen yang amat penting untuk berjaya dalam hidup?

Keempat – Kita perlu ikhlas dalam belajar. Kita perlu terima bahawa hakikat, mungkin kita masih belum menguasai topik itu dengan baik. Salah siapa sebenarnya? Salah lecturer ke? Tapi mengapa pelajar lain boleh skor? Adakah kita benar-benar fokus sewaktu belajar? Adakah kita belajar itu dengan niat untuk faham dan ingat keseluruhannya kerana Allah semata-mata...atau kita sebenarnya merenung buku itu dan sibuk berangan tentang hal lain atau kita study sekadar untuk habiskan baca lecture note sahaja? Tepuk dada tanya iman.
Hmm..macam mana Ab? Cukup tak sebab-sebab kita kena redha atas setiap pemberian Allah. Setiap satu nya, pasti ada hikmah tersendiri, kan?”

“Betul juga kata kau Mukhlis. Astaghfirullahalazim..ampunkan aku, ya Allah. Aku hamba yang sering terlupa.” “Ab, jangan lupa, kita sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan. Kita adalah orang-orang terpilih, diberi nikmat Islam. Kita harus melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah. Tak kira berapa banyak usaha yang harus kita berikan, inilah hidup kita. Kalau kita tidak hidup untuk Allah, untuk apa lagi kita hidup? Percayalah pada Allah. Kita adalah hambanya, Dia yang Maha Pemurah lagi Penyayang, kan… Abdul Rahman? Jadi, kita sebagai muslim tidak boleh putus asa dari rahmat Allah, kita kena sentiasa berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap apa yang kita kerjakan, dengan mengharapkan redha dan barakah dari NYA. Insyaallah, kita akan mendapat ketenangan dan kegembiraan, bukan sahaja didunia, malahan di alam yang kekal nanti.”
Abdul Rahman tersenyum. Terima kasih ya Allah, diatas kurniaan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku, dikala aku kealpaan. Hatinya berasa lebih tenang. Dia berjanji pada dirinya, dia tidak akan sama sekali putus asa, dan dia akan berusaha dengan seluruh tenaganya untuk terus berusaha menuntut ilmu dengan sepenuh hati…Kerana Allah.


~~Betul2..i like this story...suma yg Allah bgi tu ader hikmahnye..Sesungguhnya Allah maha megetahui segalanya yg terjadi di dunia ini..bnyak Tauldan Dlm citer ni yg kita dpt..Waallauhualm..~

Tuesday, July 21, 2009

Solat

Akibat Orang Yang Tidak Melakukan Solat
Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar..
Dzuhur: Tidak diberikan berkat dalam rezekinya. .
Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan..
Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya .
Isya': Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..


KENAPA PERLU SOLAT?
-MEwujudkn rasa kebesaran Allah
-mewujudkan rasa rendah diri sebagai hamba dgn perilaku rukuk &sujud dalam solat.
-Tujuan asl penciptaan manusia & jin adlh utk menyambah Allah,
-mencegah drpda perbuatan mungkar. sebgaimana firman Allah S.W.T. YG bermaksud "sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji & mungkar" (surah al-ankabut 29:45)
- Membina peribadi agung berdsrkn acuan al-quran sebgaimana yg telah ditnjolkn oleh rasululah S.A.W.
-Solat membezakan antara org MUslim & kafir.
- Saluran utk mndpt inayah & rahmat Allah sama ada d dunia Atau di akhirat,,
keAgUNGAn SoLAt
> solat Adalah kewajipan yg pertama setelah ikhlas & tauhid. Allah berfirman:"Pada hal mereka X diperinthkn melainkan supaya meyembah Allah dgn Mengikhalskn ibdt kpdaNya,lgi tetap teguh d ats tauhid & supaya mereka mndirikn sembhyng serta memberi zakat 7 yg demikian itulah agama yg benar."(surah al-Bayinnah 98:5)
> solat adlh tiang agma.
> AmALAN yg dHisab pda hari kiamat ialah solat.
> solat berfungsi sebgai penghapus dosa.
> Allah mengancam keras sesiapa yg mengsia-siakn solat.
> Allah memerintahkan kita utk meminta pertolongan dan perlindgungn kpdaNya melalui SOlat. > api neraka
X akan membakar bekas sujud org yg mengerjakan Solat,waktu mereka masuk neraka atas dosa2 mereka yg mereka lakukan.
> yg membezakn org mukmin & org2 munafik pd hari kiamat adalah sujud.
> Solat adalah penghibur hati rasulullah S.A.W.
> Solat adalah wasiat terakhir rasulullah S.A.W.
> Syaitan selalu berusaha memutuskan solat drpda manusia.

Saturday, July 18, 2009

CErita LAwak~Terkantoi D Bulan RAmaDhan

ali dan ahmad baru je bangon tdo selepas selesai menapak khemah smlm......

ahmad: waaahh... bestnyer la tdo.. sejuk gler.. lapar la pulak..

ali: ko ni tgh2 hari da bising.. kalu lapar mkn je la megi tu.. aku nk smbung tdo pun xbley!

ahmad: ko ni tdo je.. tolong aku wat megi ni kalu ko nk mkn..

dorg wat la megi.. sampah megi tu ahmad campak kat sebatang pokok pisang tua ni..

ali: ahmad!! amik balik pokok tu.. atok aku kata pokok pisang tua ade penunggu!!!

ahmad: (ejek) warghhh.. takotnyer aku..

lalu ahmad cmpk sisa2 mknn semalam kat pohon tu..

ali: tidak!!! abis lah!!

ahmad: huahahahaha..

tiba2 dtgnyer 5 lembaga putih mengelilingi mereka..

ahmad menggeletar smpi melutut..

ahmad: ampun nenek moyang!! cucu janji x kacau lagi.. cucu x cakap besar lagi.. cucu bersihkn balik!!!

lembaga: pale hangguk ko nenek.. dah3,, ikut kami kebalai.. time bulan puasa yg mulia ni pun ko mkn terang2 gini..

kuang3.. org pki jubah ngan kopiah rpenyer...

~itulah Akibatnya X pose~hu2..