bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai
firman Allah
s.w.t: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang
berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya.
Lalu baginda menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat
besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12
barisan,masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan
apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:
BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan
berkaki.Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah
Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya
menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."
BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah
suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika
hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya
adala neraka..."
BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan
ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan
membayar zakat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang
berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah
neraka.."
BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada
bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu
ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang
menyembunyika perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa
takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali
mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut
mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan
memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan
kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."
BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap
dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "
Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh
mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka
kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka.."
BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta,
gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar
sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar
beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang
bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat
seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih
memaklumkan:"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik.
Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu,
ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan
keredhaan Allah yang maha pengasih..."
*Semoga kita semua dpt bngkit seperti brisan ke-12..amin....
yg baik dtgnya dari Allah s.w.t & yang buruk dtgnya drpd sy sendiri...
yg baik dijadikan tauladan & yg buruk dijadikan sempadan...=)
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
0 comments:
Post a Comment