Pages

Saturday, July 2, 2011

Menutup keaiban orang lain


Apabila kita menutup aib sesama manusia ,kita akan memperoleh kebaikan dan ganjaran yg berikut.:


1. Allah akan menutup keaiban kita di hari kiamat sejak kita dilahirkan oleh ibu kita.

"tidaklah seseorang hamba menutup malu hamba yang lain di dunia kecuali di tutup ALLAH malunya pada hari kiamat." (Muslim)

2. Kita berada dalam Rahmat Allah

. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. (Al-A'raaf 7:56) |
kita hendaklah berbuat baik sesama Muslim kerana org yg melakukan ihsan sentiasa hampir dgn Rahmat Allah.

3. Kita beroleh Iman yang mantap di dalam Jiwa
Rasullulah SAW menegaskan,

"Tidak sempurna iman seseorang(daripada) kamu sehingga dia mencintai saudaranya apa yang dia cinta bagi dirinya."( Bukhari)

Apabila kita X suka aibkita didedahkan kpda org lain, demikian juga saudara mara kita yg terdiri drpda kaum Muslimin yg lain,mereka juga tak suka didedahkan keaiban mereka di khalayak ramai.
4. Kita menjadi Muslim yang sempurna
Rasullah SAW bersabda: " Antara kebaikan ISlam seseorang dia meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya." (Bukhari)
5. Kita mendapat pahala kerana meninggalkan perbuatan mengumpat demi mencari keredaan Allah.

6. Kita disukai oleh Allah kerana Allah menyukai sikap menutup aib org lain.

Rasullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah Maha penyantun , malu dan menutup (aib), menyukai malu dan Penutupan." (Abu Daud dan Nasai)

7. Kita juga membantu memelihara drpda merebaknya permusuhan dan pergaduhan sesama Muslim dan di kalangan masyarakat.

menyebarkan keaiban org lain adalah punca tercetusnya api kemarahan dan perbalahan sesama sendiri...renung2kan dan selamat beramal..


~~pesan buat diriku yg sering alpa dan ingin mencari redha Ilahi..yang baik dtgnya drpda Allah SWT..yng kurang dtgnya dari sy sendiri.~~

source: Amalan Meraih gnjaran PAhala-Zulkairnain Dollah-



0 comments: