- Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda:"Adakah kamu tahu siapakah orang papa(muflis) pada Hari Kiamat?" Jawab sahabat RA, "Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya." Baginda bersabda lagi: "Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka." (Riwayat Muslim)
Abu Musa ra mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari Masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian tidur." (Bukhari)
“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.” (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).-
- Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah itu dia solat.”(Muslim)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”.Riwayat Al-Bukhari dan Muslim(al-Bukhari)
skip to main |
skip to sidebar
nak tempah buku ini??
emel : mynabilah91@gmail.com
& utk senarai buku yg lain boleh layari : www.stormreaders.net/siti91
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (As-Saff 61:1)
Pages
Tuesday, February 15, 2011
Koleksi Hadis
Kalam Allah
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Muhammad 47:7)
click2..
Beli Buku
nak tempah buku ini??
emel : mynabilah91@gmail.com
& utk senarai buku yg lain boleh layari : www.stormreaders.net/siti91
Total Pageviews
Islamic Clock
Feedjit
Salam ukhwah..=]
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 har...
-
We all have our aim to success in life.But not in this world only we also want to success in hereafter. We must work hard to be successful i...
-
Ada seorang pemuda Arab yang baru shaja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. PEmuda ini adlah salah seorang yg diberi nimat oleh Allah b...
-
I was so far from you Yet to me you were always so close I wandered lost in the dark I closed my eyes toward the signs You put in my way I ...
-
Ramadan Bulan yang penuh berkat dan rahmat..pahala yang berganda, diberi satu malam kemuliaan yg sgt istimewa (lailatulqadr) , diberikn 3 ...
-
THE PRAYERS IS A LINK BETWEEN THE SERVANT AND HIS LORD. The Prophet S.A.W said: "indeed, when one of you prays,he soeaks privately with...
-
Salam semua.. dah lama saya tak update blog .. hari ni saya nak berkongsi psl tajuk kita ni.. saya bukan nak cakap yang saya ni bagus..t...
-
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu...
-
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang pal...
-
Doa Hari Ketiga Belas اَللَّهُمَّ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الدَّنَسِ وَ الْأَقْذَارِ وَ صَبِّرْنِيْ فِيْهِ عَلَى كَائِنَاتِ الْأَقْدَار...
0 comments:
Post a Comment