Pages

Wednesday, November 3, 2010

SOLAT SELEPAS HAID:PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

SOLAT SELEPAS HAID:PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..
kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelarMuslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Siapa Org yg Allah Cintai?

  • Org yg bertaqwa
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.[surah At-Tawbah 9:4]

  • Org yg cepat2 bertaubat
SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.[Surah al-baqarah 2:222]

  • Org yg adil
sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.[Surah al-Mumtahanah 60:8]

  • Org yg bertawakal
kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
[al-i-'Imran 3:159]

  • Org yg berbuat kebaikan
Allah berfirman yg bermaksud:"Dan berbuat baiklah, kerna sesungguhnya Allah meyukai org yg berbuat baik."[Surah al-Baqarah 2:195]

  • Org yg berjuang pda jln Allah

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
[As-Saff 61:4]


source:Majalah Solusi -Isu 23-

cerita

Seorg pljar brkata pda gurunya.
Pelajar : "Saya ingin hidup bebs & tenang sprti seekor itik yg berenang d tasik biru,"

lalu gurunya berkata.

Guru:"Tahukah awk itik yg kelihatan tenang itu hnya d permukaan, sdngkn dibwah permukaan air itu kakinya Tidak henti2 mendAyung agar tidak tenggelam?"

pngjaran> jgn tertipu melihat sesuatu yg secra lahiriah shja.Realiti sesuatu perkara itu mgkin tidk seperti yg kita lihat.Setiap sesuatu memerlukn usaha.Tidak ada benda yg dtg bergolek.PAstikan setiap seuatu usha itu adalah amalan yg soleh.

mgkin kalo kita tgk itik tu bereng nmpak tng tp dlm hati dia gelish tkut dek mkn buaya ...hehe.
kita pun tataw ape akn terjadi dgn kita tuk msa dpan..

source:
Koleksi Kisah CEria Pengasuh akhlak mulia-Ghafarullahuddin Din-

Thursday, October 28, 2010

Istimewanya Wanita



"Wanita perlu taat kepada suami. Tapi tahukah, bahwa lelaki wajib taat kepada Ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada Bapaknya...


Wanita menerima warisan lebih sedikit dari pada Lelaki2. Tapi tahukah bahwa harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada Suaminya, sementara apabila Lelaki menerima warisan, Ia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk Isteri dan anak-anaknya.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak. Tapi tahukah bahwa setiap saat dia hamil didoakan oleh segala umat,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini. Dan tahukah, jika ia mati karena melahirkan adalah Syahid dan Surga akan menantinya...



Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita, yaitu: 1.Isterinya, 2.Ibunya, 3.Anak Perempuannya dan 4.Saudara Perempuannya.

Artinya: bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki. Yaitu: 1.Suaminya, 2.Ayahnya, 3.Anak Lelakinya dan 4.Saudara Lelakinya.


Seorang wanita boleh memasuki pintu surga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, yaitu : 1.Sholat 5 waktu, 2.Puasa di bulan Ramadhan, 3.Taat kepada Suaminya, dan 4.Menjaga Kehormatannya.


Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata..!

Sunday, October 24, 2010

FADHILAT SOLAT JEMAAH SECARA SAINTIFIK


Seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat,
telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam
Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut
profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu
cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa
kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam
proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang
menyebabkan ketidahseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini
menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan
aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk
memulihkan tubuh badan kita ke keadaannormal supaya kita kembali segar dan dapat
menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.
Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda
profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat
diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang
didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor
* 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2
rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu
yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang
perkara ini dan mengaitkannya dengan aktivit-aktiviti harian kita yang
memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan
fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan
solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita
mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang
berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan
cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang
berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas
positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan
semakin segar tubuh badan kita.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur,
badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur).
Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang
hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya
memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.
Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang
atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak
tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak
dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.
Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi
lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.

Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan
banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas
ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat
Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.

Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan
masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak
tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk
menunaikan solat Maghrib (berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam
rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan
penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari
sebelumnya (Zohor dan Asar).

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya
mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti
pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk
tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat
ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan
supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud.
Malam amalan solat ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat-sahabat baginda
serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini
(tidak perlu diterangakn di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan
bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan
penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita
bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam
menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.
Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama
yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang
tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan
betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya
beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk
memeluk agama Islam. Subahanallah.

***3:190***
190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih
bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi
orang-orang yang berakal,


***3:191***
191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau
dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan
sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.


Kesimpulan, hayati dan renungkan untuk kebaikan kita bersama.

Thursday, October 21, 2010

The chosen One

Wednesday, October 20, 2010

Surah Al-insyiqaq



[1]

Apabila langit terbelah,
[2]
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh;
[3]
Dan apabila bumi diratakan,
[4]
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,
[5]
Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh; – (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
[6]
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
[7]
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -
[8]
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

[9]
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

[10]
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
[11]
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
[12]
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.

[13]
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

[14]
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) !
[15]
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
[16]
Maka Aku bersumpah, demi mega;
[17]
Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
[18]
Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
[19]
Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan – menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
[20]
Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
[21]
Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
[22]
(Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
[23]
Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
[24]
Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
[25]
Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.