Pages

Friday, January 29, 2010

Solat Itu BenTEnG

Senasa Umar Al-Khattab r.a menjadi khalifah,beliau tlh mgluarkn satu pengisytiharaan kpd sekalian pgawai dlm krjaannya iaitu:"Aku melihat solat sbgai satu kwajipn yg pling utama.Seseorg yg mmberi penuh perhatian pd solatnya.Insya-Allah akn mnjga srhan agma yg lain. ttpi jka dia akn mnggalkn solat, dgn mudah dia akn meniggalkn suruhan & agama yg lain.

Rasulullah S.A.W Bersabda: Amaln pertama Yg DiHisab Bgi Hamba
pda Hari kiamat ialah Solat. SekiranYa Solat itu Baik, Maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak,maka rosaklah segala Amalannya."

Rasulullah S.A.W Bersabda:"sesiapa Yg memelihara SOLAt maka Baginya CAHAYA, PETUNJUK & KEJAYAAN pd hari kiamat.Sesiapa yg X memeliharanya, maka tiada baginya chaya,petunjuk & kejayaan. pda Hari kiamat, dia akn bersama Qarun,Fir'aun,Haaman & ubai ibn Khalaf."




Saturday, January 23, 2010

Kemusnahan KAabah Pda Akhir ZAman

Terdpt bebrpa hadis mengenai kemusnahan kaabah pd akhir zaman,antaranya:

-Drpda abu hurairah r.a bhwasanya rasulullah s.a.w Bersabda: Kaabah akn dimusnahkn oleh zu al-suwaiqatain (lelaki berkaki kurus) dari Habsyah (kini Ethopia."( al -Bukhari no.1591)

- dRPDA ALI R.A berkata" lakukanlah tawaf di rumah(kaabah) ini sbyak mungkin sblum kamu dihlng drpda melakukannya.seolah2 aq dpt melihat (seorng lelaki drpda Habsyah) dgn kpala & telinga yg kecil menghncurkan (kaabah) dgn cangkul."(al-Fakihi,akhbar makkah 1/194 no.313(sanadnya sahih),& fath al-bari 3/538)

- oleh ibnu Abbas r.a bhwasanya nabi s.a.w bersabda," seolah2 aq dpt melihatnya,hitam & berkaki tempng.Dia meruntuhkan batu (kaabah) satu persatu"(al-Bukhari no.1595)

source: Mjlah Solusi

Saturday, January 16, 2010

Tip Untuk Kekasih


> Kasihlah Allah,itulah kekasih yg sejati & abadi.
> Kasihi Dulu,Kemudian Baru dikasihi.
> Kasih itu menuntut pengorbanan,Tnpa PengorBaNan kasih tiada akn berpnjangan.
> Jgn Menghrap BAlasan.kAsih yg suci tidak Menuntut balasan
> Jgn Bimbang Jika x Dikasihi,ttpi Bimbanglah jika x boleh Dikasihi.

Kasih sayang Allah Pling Utma..Kasih sayng RAsulNya trhdap umatnya sgt tggi..Kasih sayang Ibu Bapa paling Berharga..Kasih Sayng Pda Semua...

http://www.youtube.com/watch?v=JSoATSD3s3k

Thursday, December 31, 2009

Remaja kini..

Remaja Zamn skang Terlalu sgt bergrmbira di dunia..sampai x sedar Bhwa Kematian Sdg Menanti Mereka..Merka Lupa akn tggunjwb sbgai khalifah Allah...apabila seorng mukmin mengucap 2 kalimah syahadah dia adalh seorg Muslim.. Tggungjwb sbgai seorg muslim adlh besar.. Tp rmai mengabaikn tnggunjwb merka..mereka x sedar meraka adlah khalifah Allah..Mereka terlalu leka dgn keseronokn dunia hingga lupa akn kehidupn akhirat yg lebih berharga..Hidup di dunia terlalu singkat...Hidup remaja perlu diisi dgn aKtiviti yg berfaedah..Tp Ramai yg leka dan lalai..mereka terlalu mngikut2 budaya barat..Matlamat sebenarnya x menghalalkn Cara..Mereka x merancang Masa dgn Baik..Mereka x mgisi mse lapang dgn aktiviti yg berfaedah.. Remaja Kini Terlalu enjoy di dunia,hingga mereka tidak takut dgn azab Allah..mereka terlalu myombongkn diri..adakah Mereka Lupa bhwa semua yg ada di dunia akan dikembalikn semula pda Allah?? Tahukah kamu smbhyang shja x mencukupi utk jadikn bekaln kita diakhirat kelak..kita mestilah ikhlas kpda Allah Dlam Hubungan kita kpda Allah,Hubungan kita kpda Manusia, Dan melakukan Amalan2 sunat utk menmpung kecacatn amalan fardhu..lgipun Dunia adalah tmpat mencari bekalan utk menuju ke hari akhirat...Jgn terlalu berseronok,ingt Allah sentiasa Melihat Kita... Tidakkah kita takut dgn azb Allah yg sgt Dasyhat..?Marilah kita renung2kan amalan kita di dunia ini..

"pd hari kiamat engkau akn lihat org2 yg berdusta terhdp allah muka mereka hitam warnanya.bukankh neraka tmpt bgi org2 yg sombong?"(az-zumar:60)

"sesungguhnya org2 yg takut kpd tuhannya,dlm keadaan ghaib (sendirian),utk m
ereka itu ampunan & phla yg besar(al-mulk:12)





Remaja Berakhlak di Bawah Panji-Panji Nabi Yusuf as

Remaja Berakhlak di Bawah Panji-Panji Nabi Yusuf as

Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran. Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang segar bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat.

Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui pelbagai konsert yang mendorong mereka menjadikan artis sebagai sanjungan dan ikutan, bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, bahkan menyebabkan mereka menganggap maruah dan kehormatan seolah-olah tidak bernilai. Dengan mudah mereka menyerah kepada seseorang lantaran runtunan hawa hafsu.
Budaya barat bersalut dengan kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk juga video lucah menjadikan remaja sebagai sasarannya. Dalam suasana yg begitu onar, mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiah islam, mendampingkan diri dengan kelompok yang berpegang teguh dengan ajaran islam. Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada ancaman pengaruh mungkar.

Tidak mudah untuk menjadi seorang remaja mukmin dan berakhlak mulia, lebih-lebih lagi dalam suasana negara dan pemerintahannya mengabaikan peraturan Allah SWT. Dengan pengaruh persekitaran yang lebih menjerumus kepada dunia hiburan yang melampau, hanya remaja yang mendapat taufik dan hidayah Allah SWT serta asuhan dan bimbingan daripada ibu bapa yang berpegang teguh dengan hukum Allah SWT sahaja akan selamat daripada segala bencana itu.


Hanya golongan remaja yang memiliki benteng pertahanan iman, serta berakhlak yang mulia, merupakan golongan yang telah berjuang sepenuh upaya untuk menjadi remaja yang bermoral tinggi. Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Oleh sebab itulah apabila mereka tiba di padang Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan daripada para malaikat. Malah kehadirannya akan disambut oleh Allah SWT dengan ucapan "selamat datang wahai para remaja yang baik".

Demikianlah penghargaan dan balasan Allah SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela di sekitar mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, mereka akan mendapat keseronokan yang abadi di Akhirat kelak.

Setelah Allah SWT mengucapkan selamat datang kepada para remaja yang berakhlak mulia itu, lalu diperintahkan para malaikat supaya menempatkan para remaja itu di sebelah kanan. Untuk mereka, disediakan bendera berwarna hijau, lalu Allah Taala menyeru Nabi Yusuf AS untuk menerima bendera tersebut bagi mengetuai para belia yang mukmin, berakhlak, sabar dan mempunyai ilmu pengetahuan. Nabi Yusuf terpilih menjadi ketua para belia yg baik budi pekerti kerana Baginda adalah seorang Nabi yg sangat kacak dan tampan.

Ketampanannya menggoda ramai wanita, hingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun, Nabi Yusuf berjaya mengatasi semua halangan dan godaan itu. Ulamak tafsir menyifatkan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia di dunia ini hanyalah separuh daripadanya ada pada Nabi Yusuf AS. Dalam Al-Quran terdapat satu surah khas yang bernama "Surah Yusuf", yang bukan sahaja menceritakan paras rupa Nabi Yusuf yang tampan dan menawan, tetapi juga menceritakan segala kebaikan dan kelebihan Baginda. Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang Nabi yang termasyhur, iaitu Nabi Yusuf AS.

Bersesuaian dengan ketabahan dan kekuatan hati Baginda yang berjaya menghadapi fitnah wanita. Maka demikian jugalah para remaja yang berjaya menghadapi segola godaan dan cubaan alam remaja, maka mereka akan bersama-sama Nabi Yusuf di bawah panji-panji hijau di Akhirat kelak. Setelah itu, Allah SWT memuliakan orang-orang yang menjalinkan hubungan baik sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT. Mereka berkawan bukan kerana wang ringgit yang selalu diterima atau kerana pertolongannya semasa mendapat kesusahan, tetapi hubungan baiknya hanya atas dorongan hati yang ikhlas. Justeru, mereka mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT kerana sifat yang terpuji itu. Sifat kasih mesra sesama insan itu merupakan benteng penghalang daripada segala persengketaan dan pemusuhan.


*dipetik daripada buku "Nota Kepada Diri" karya Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.-www.iluvislam.com-



Mari MuhasaBah Diri..

'Jgn Engkau Gantung Hatimu pd dunia krn Allah x ciptakn Dunia utkmu,Jadikn Cinta mu KepdaNya sbb engaku akn kembali pdNya,bersungguh2 lah engkau mncari syurga,ptuskn harapanmu dari makhluk krn tiada sdkit pun kuasa pd mreka,rajinlah bertahajud krn pertolonganNya ada pda qiamullai."

"renungilah sebiji cawan,jika x dituangkn airnya,molekul udara memenuhinya,begitu jua diri kita, jika tidak diisi dgn iman,masuklah syaitan bermharajalela,diri kita perlu pengisian,dgn ilmu dan agama agar hidup dkat dgnaNya,barulah hatimu tenang dan bhagia."

'Siapa yg msuk tdur dalam keadaan berniat utk bgun solat pd mlm.tersebut,lalu matanya mengalahkannya(dia x terjagapd mlm itu) shngga msuk waktu subuh,ditulis bginya pa yg diNiatkan olehnya,adapun tdurnya pd mlm itu mnjadi sedekah ke ats drpda Tuhannya." (hadis riwayat an Nasa'i &ibn majah dgn Sanad sahih mengikut syarat Imam muslim)


Thursday, December 17, 2009

Peristiwa Penting 10 Muharram

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Ini Lah antara peristiwa2 yg berlaku pda 10 Muharram:

  1. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah;
  2. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit;
  3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan;
  4. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud;
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;
  6. Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara;
  7. Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah;
  8. Nabi Ayub a.s. dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritanya;
  9. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam;
  10. Laut Merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari tentera Fir’aun;
  11. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah;
  12. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kerajaan besar oleh Allah;
  13. Nabi Isa a.s. diangkat ke langit;
  14. Hari pertama Allah ciptakan alam;
  15. Hari pertama Allah turunkan hujan;
  16. Hari pertama Allah turunkan rahmat;
  17. Allah jadikan Arasy;
  18. Allah jadikan Luh Mahfuz; dan
  19. Allah jadikan malaikat Jibril.
Bnyak KElebihan pda 10 MUharram sbb itu kita dglakkan Berpuasa Sunat.,..