Pages

Thursday, November 4, 2010

Tidak bertegur melebihi 3 hari

Islam melarang umatnya dari tidak bertegur sapa dengan sahabat seIslamnya yang lain dek kerana pergaduhan perkara keduniaan lebih dari 3 hari. Antara yang dimaksudkan pergaduhan kerana sebab dunia adalah kerana tanah, harta pusaka, rumah, tanam bunga masuk kawasan jiran, isu pangkat, isu cemburu wanita dan lelaki dan lain-lain yang tidak ada kaitan secara langsung kepada Islam.


Nabi SAW bersabda :

ولا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ

Ertinya : Dan tidak halal bagi seorang Muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan) saudara seIslamnya lebih dari 3 hari”

( Riwayat Al-Bukhari, 5/2253)

Kenapa 3 hari?, inilah sifat fitrah dalam kerana Islam. Walaupun Nabi SAW pernah menasihatkan agar jangan marah dalam sabdanya :-

سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ مَاذَا يباعدني من غَضِبِ اللَّهِ عز وجل قال لاَ تَغْضَبْ

Ertinya : Ditanya kepada Rasulullah SAW : Apakah yang menjauhkan aku dari kemurkaan Allah SWT , jawab Nabi : Janganlah kamu marah ”

( Riwayat Ahmad, 2/175)

Walaubagaimanapun, kemarahan tetap tidak dapat dielak secara total, justeru Islam memberikan motivasi dan cara bagaimana cara menangani marah dengan pelbagai cara. Apabila ia berkait dengan orang lain, Islam mengajar kita agar jangan terlalu terbawa-bawa sehingga memutuskan ikatan persaudaraan dan persahabatan hanya kerana kes marah & gaduh tadi.


Imam An-Nawawi menyebutkan :-

تحرم الهجرة بين المسلمين أكثر من ثلاث ليال بالنص وتباح في الثلاث بالمفهوم وإنما عفى عنه في ذلك لأن الآدمي مجبول على الغضب

Ertinya : “Diharamkan tidak bertegur sapa di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari 3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat marah”

( Syarah Sohih Muslim, 16/117)

Memang tidak mungkin untuk melenyapkan pergaduhan kerana keduniaan di antara sesama manusia, justeru Islam menggalakkan kemaafan antara satu sama lain.

Islam membenarkan tidak bertegur sapa untuk maksimum 3 hari sebagai memenuhi kehendak fitrah manusia, tetapi tidak lebih dari itu, kerana lebih dari tempoh tersebut akan membawa mudarat kepada ikatan dan keutuhan sesama Islam.


Di dalam kaedah Islam ditegaskan :-

فتقدم المصلحة العامة على الخاصة

Ertinya : “Kepentingan umum sentiasa di dahulukan atas kepentingan peribadi”

( Az-Zakhirah, 2/467 ; Al-I’tisam , As-Syatibi, 2/116 ; Al-Muwafaqat, 2/367)

Justeru, melayani kemarahan dan keegoan diri adalah kepentingan peribadi, jangan sampai ia melewati batas kepentingan umum. Kepentingan umum yang menjadi objektif Islam adalah masyarakat Islam yang berkasih sayang, bantu membantu dan objektif ini akan terhakis jika semua individu melayani kepentingan dan keegoan dirinya dalam hal ini lebih dari 3 hari.


ANCAMAN BAGI YANG TAK BERTEGUR SAPA SELAMA TIGA HARI.

Sabda Nabi s.a.w.

Maksudnya ; “Tidak halal bagi seorang Muslim “hajr” (tidak bertegur sapa) saudaranya melebihi tiga hari, kedua-duanya bertemu, lantas saling berpaling muka antara satu sama lain. Yang terbaik antara mereka ialah orang yang memulakan salam”. (Muslim no 6697).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. menyebut balasan perbuatan ini :

Maksudnya : “Tidak halal bagi seorang Muslim tidak bertegur sapa saudaranya melebihi tiga hari, maka barangsiapa yang tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari, nescaya akan masuk neraka. ( Abu Dawud : no 4914).

Riwayat lain ada menyebut :

Maksudnya : “Barangsiapa yang tidak menegur sapa saudaranya selama setahun, maka ia seumpama menumpahkan darahnya”. Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih. (Riyad al-Salihin 2/216)

Sabda Rasulullah SAW, yang mafhumnya:Kamu tidak akan masuk syurga selagi mana kamu tidak beriman, kamu tidak akan beriman selagi mana kamu tidak berkasih sayang…”

Daripada hadis –hadis di atas dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa orang Islam sesama Islam jika bergaduh tidak boleh tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari.
Antara faktor-faktor yang terjadinya perselisihan faham yang terjadi di pejabat ialah :-
1) Keluar lunch sendirian, tak ajak kawan & bagitahu kawan karib
2) Bergayut di telefon terlalu lama yang menyebabkan ada rakan-rakan yang marah

3) Mengambil barang-barang peribadi & alat tulis sahabat yang dibelinya tanpa kebenaran beliau
4) Cemburu dengan penampilan sahabat atau pakaian berjenama yang dipakainya
5) Saling mengumpat keburukan sahabat yang lain sehingga perkara yang diumpat itu sampai ke telinganya semula
6) Politik pejabat- saling menjatuhkan sahabat dengan cara yang dilarang oleh agama iaitu suka mengapi-apikan pihak atasan kononnya sahabat kita ni x pandai buat kerja & sebagainya

7) Asyik mintak/ambil rokok kawan setiap hari tapi nak beli sendiri malas sbb kononnya dalam proses nak berhenti merokok
8) Suka berhutang duit tapi bila time nak bayar terlalu kerap bagi bermacam alasan yang x relevan
9) Bercakap perkara-perkara yang tidak disukai oleh sahabat kita walaupun ianya dah ditegah berulang kali

10) Suka bercakap lucah atau suka melakukan gangguan seksual kepada rakan sekerja wanita
11) Suka membandingkan harga kosmetik berjenama yang dibeli dengan jenama biasa yang dimiliki oleh sahabat kita
12) Suka bercakap besar & suka meninggi diri dalam setiap perbualan sehingga menimbulkan kebencian kawan-kawan

13) Terlau suka mengambil tahu hal-hal peribadi sahabat (rumahtangga) pada setiap masa & hari
14) Suka bergurau dengan cara yang agak kasar seperti suka menepuk-nepuk kepala & belakang sahabatnya walaupun tanpa niat untuk menyakitkan sahabat
15) Bila bercakap suka menjuih-juih bibir, perli-memperli sesama sahabat sambil menunjukkan jelingan & riak muka yang tidak menyenangkan

16) Suka menyebarkan fitnah kepada kawan-kawan sepejabat hanya kerana tidak sependapat dalam sesuatu perkara yang dibincangkan.

17) Suka mengambil kesempatan atas kesusahan yang dialami oleh sahabat yang lain.

Kdng2 benda yg remeh temeh pun boleh terjadinya pertelingkahan.Sebab syaitan takkn berhenti menghasut hamba2 Allah supaya sling benci -membenci sesama manusia smpai ke mati..supaya anak2 adam ini diseksa diazab di kubur dan neraka kelak.sbb tu manusia disuruh menjaga lidah..kerna terlajak kata bdan binasa..byakknlah berzikir drpda mengumpat..byak kn berdoa kpd Allah mohon petunjuk dan hidayah supaya Allah melembutkn hati2 kita...Supaya hati kita menjadi tenang...drpda kita duk pendam perasan sakit hati kita.,.kenapa kita tak nak memberi maaf..bukankah Allah itu maha pengampun..Allah pun ampunkn kita takkn kita tak bleh nak maafkn seorg yg melakukn kesilapan..lain org lain cara,lain org lain bicaranya..Knapa kita tak boleh bersbar dgn teguran yg tak bermanfaat itu..kenapa kita tak jadi kan Rasullulahsbgai contoh tp jdikn syaitan sebagai sahabat kita..saling membenci dan tidak bertegur sapa..itu bukn sifat Rasullulah SAW..buknkah kita bersolat 5 wktu sehari semalam..takkn nak maafkn org pun susah..tak takut ke azab kubur wahai sahabat sekalian?? renung2kanlah..=)

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau berbalah.”

source

http://warisanizryn4u.blogspot.com/2010/06/kenapa-perlu-kita-bermasam-muka-dan.html

http://pakatan09.blogspot.com/2010/03/akibat-memutuskan-silaturrahim.html

zaharuddin.net

0 comments: