Pages

Sunday, October 24, 2010

FADHILAT SOLAT JEMAAH SECARA SAINTIFIK


Seorang profesor dalam bidang fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat,
telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjamaah di dalam
Islam dan kelebihan solat berjamaah tersebut dalam kehidupan umat Islam. Menurut
profesor itu, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu
cas positif dan cas negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa
kita bekerja, beriadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam
proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang
menyebabkan ketidahseimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ini
menyebabkan kita merasa letih dan lesu apabila kita selesai menjalankan
aktiviti-aktiviti harian kita. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk
memulihkan tubuh badan kita ke keadaannormal supaya kita kembali segar dan dapat
menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.
Berbalik kepada kaitan solat berjamaah, timbul satu persoalan di minda
profesor ini mengapa dalam Islam, disyariatkan, malah sehingga ke peringkat
diwajibkan bersolat secara berjemaah, dan mengapa solat lima waktu yang
didirikan oleh orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama ( Zohor
* 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat, Isya - 4 rakaat, Subuh - 2
rakaat). Dari kacamata beliau, sebagai seorang bukan Islam yang mempunyai ilmu
yang tinggi dalam bidang berkaitan, beliau lalu menjalankan kajian tentang
perkara ini dan mengaitkannya dengan aktivit-aktiviti harian kita yang
memerlukan pemulihan cas-cas positif/negatif tadi.

Pertama sekali beliau mengkaji kaitan jumlah rakaat dengan solat berjamaah dan
fungsinya dalam pemyeimbangan cas-cas di dalam badan kita. Semasa kita melakukan
solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita
mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang
berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jamaah lain juga akan mengeluarkan
cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang
berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan ini berlakulah keseimbangan cas-cas
positif/negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan
semakin segar tubuh badan kita.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur,
badan kita merasa segar dan sihat setelah berihat selama beberapa jam (tidur).
Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas positif/negatif yang
hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjamaah, kita hanya
memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh itu hanya dua rakaat.
Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang
atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak
tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak
dan solat berjamaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.
Oleh sebab itu solat Zohor (berjamaah) didirikan empat rakaat untuk memberi
lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi.

Proses yang sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita juga mengeluarkan
banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas
ini. Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat
Asar (berjamaah) sebanyak empat rakaat.

Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan
masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak
tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk
menunaikan solat Maghrib (berjamaah), banyak tiga rakaat. Pengurangan dalam
rakaat ini berlaku kerana kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan
penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari
sebelumnya (Zohor dan Asar).

Seterusnya timbul persoalan di fikiran beliau tentang mengapa solat Isya
mengandungi empat rakaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti
pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk
tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rakaat
ini. Seperti yang sedia kita maklum, kita umat Islam sangat-sangat digalakkan
supaya tidur pada awal waktu malam dan bangun semula di sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat sunat Tahajjud.
Malam amalan solat ini menjadi kewajiban bagi Nabi s.a.w. dan para sahabat-sahabat baginda
serta para alim ulama. Terlalu besar ganjaran dan kelebihan solat Tahajjud ini
(tidak perlu diterangakn di sini). Jadi, dari fakta ini, dapat beliau simpulkan
bahawa, solat Isya (berjamaah) sebanyak empat rakaat dapat menyediakan
penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita
bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajjud dan berqiam
menghambakan diri kepada kepada Allah di waktu yang serba dingin dan sunyi.
Dalam proses membuat kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam adalah satu agama
yang lengkap dan segala amalan dan suruhan Allah Taala mempunyai hikmah yang
tersirat dan tersurat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan
betapa besarnya pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan betapa kerdilnya
beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah Taala untuk
memeluk agama Islam. Subahanallah.

***3:190***
190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih
bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi
orang-orang yang berakal,


***3:191***
191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau
dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan
sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.


Kesimpulan, hayati dan renungkan untuk kebaikan kita bersama.

0 comments: